Pada hari ini, saya belajar tentang kaedah kreatif.
Kaedah pertama adalah evolusi. Kaedah ini adalah sebagai penambahbaikan tambahan dan dapat dilihat dalam sejarah penciptaan kereta. Antara prinsip yang penting dalam kreatif adalah setiap masalah yang telah diselesaikan boleh diselesaikan lagi dengan cara yang lebih baik.
Kaedah seterusnya adalah sintesis. Kaedah ini merangkumi gabungan antara 2 atau lebih idea menjadi idea ketiga, idea baru. Sebagai contoh, 2 idea yang digabungkan menjadi satu termasuklah kamera dan telefon seperti smartphone, Milo 3 dalam 1 dan Rejoice yang mempunyai fungsi untuk mencuci rambut, melembap dan sebagai anti-kelemumur.
Revolusi juga merupakan kaedah kreatif. Kadangkala, idea yang terbaik adalah idea yang paling berbeza dan mempunyai perubahan yang ketara.
Selain itu, penggunaan semula (reapplication) juga perlu dalam kreatif. Contohnya, klip kertas boleh digunakan sebagai pemutar skru kecil.
Bukan setakat itu sahaja, kaedah kreatif juga merangkumi pengubahan arah. Kita hendaklah mengenalpasti masalah, bukannya daripada gejala yang berlaku.
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Seterusnya, kelas disambung dengan aktiviti permainan yang dapat merangsang kreativiti pelajar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment