Topik pada hari ini adalah kreativiti. Kreativiti dalam konteks yang meluas sering digambarkan sebagai sesuatu benda yang berkait rapat dengan imaginasi atau idea terutamanya dalam penghasilan kerja-kerja artistik. Kreativiti juga sering dikaitkan dengan sesuatu benda yang baru. Oleh itu, apakah erti sebenar bagi kreativiti?
Kreativiti bermaksud kebolehan untuk menggambarkan / mencipta sesuatu yang baru dan mengubah gambaran tersebut menjadi objek. Selain itu, kreativiti juga bermaksud kebolehan untuk membuat perkara yang baru / fikirkan idea-idea yang baru. Definisi lain bagi kreativiti termasuklah sebuah sikap; kebolehan untuk menerima perubahan dan pembaharuan.
Kreativiti melibatkan 2 proses iaitu "berfikir" dan "menghasilkan". Idea tanpa sebarang tindakan menjadikan kita seorang yang berimaginasi, tapi bukan seorang yang kreatif.
Antara konsep dalam kreativiti termasuklah proses imaginasi iaitu untuk berkembang / maju serta produk dan objek iaitu penghasilan. Antara konsep lain termasuklah proses intelektual iaitu untuk menyelesaikan masalah dan akhir sekali, sebagai gaya hidup iaitu untuk terus hidup sebagai contoh; persaingan antara satu sama lain untuk mendapatkan sesuatu keperluan ataupun untuk memastikan kita dapat bekerja.
Dari sudut perspektif, kreativiti adalah "supernatural" iaitu sesuatu benda yang misteri dan luar daripada pemahaman saintifik. Ini adalah merupakan pemandangan tradisional bagi pemikiran kreatif. Sebagai contoh, orang-orang yang kreatif adalah dilahirkan dan bukan dijadikan kreatif melalui latihan. Selain itu, kreativiti adalah suatu benda yang rasional iaitu benda yang berdasarkan sebab dan logik. Kreativiti juga adalah sebuah perkembangan / kemajuan.
Terdapat banyak mitos mengenai kreativiti iaitu seperti:
- Setiap masalah hanya mempunyai satu penyelesaian / satu jawapan betul.
- Jawapan / penyelesaian / kaedah terbaik telah dijumpai.
- Jawapan yang kreatif adalah kompleks secara teknologikal.
Sebagai kesimpulannya, kreativiti adalah mimpi yang menjadi kenyataan.
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Pada hari ini juga, salah satu daripada kumpulan kuliah kami telah mengadakan satu permainan kreativiti iaitu SELAMATKAN SPONGEBOB (berasal daripada permainan Wink Murder, Murder Wink atau Wink Wink Murder). Permainan ini adalah untuk merangsang minda si pemain. Terdapat 3 watak iaitu Spongebob, Patrick dan Plankton (pembunuh).
Dalam setiap pusingan permainan, seorang pemain rahsia diberikan peranan "pembunuh", dengan cara tertentu untuk menandakan bahawa dia adalah pembunuh. Pembunuh ini mempunyai keupayaan untuk "membunuh" pemain lain dengan membuat hubungan mata dan mengenyit pada mereka. Jika seorang pemain mengenyit pada mereka, maka dia mesti meninggalkan kawasan permainan. Jika seorang pemain mengesyaki mereka tahu identiti pembunuh, mereka boleh mengangkat tangan mereka dan menuduh suspek mereka. Jika tekaan itu salah, orang yang tertuduh itu dikira mati.
Kesimpulan daripada permainan ini adalah boleh diibaratkan seperti kehidupan duniawi kita kerana dalam kehidupan ini terdapat pelbagai jenis manusia dengan pelbagai ragam. Kadang-kadang, personaliti seseorang tersebut tidak menggambarkan kelakuan atau imej sebenar mereka. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan akal kita untuk menyelamatkan diri daripada musibah atau untuk terus hidup.
Sekian.
No comments:
Post a Comment