Sebelum kita melangkah masuk kepada langkah-langkah yang boleh menjana kreativiti, kita hendaklah memahami maksud pemikiran kreatif itu terlebih dahulu.
Edward de Bono menyatakan bahawa pemikiran kreatif bukan merupakan sebuah bakat, tapi kebolehan yang boleh dipelajari. Bukan setakat itu sahaja, pemikiran kreatif mampu memberi kuasa kepada manusia dengan menambah kekuatan kepada kebolehan semula jadi yang berkemampuan untuk meningkatkan kerja berkumpulan, produktiviti dan keuntungan.
Ilmu pengetahuan yang meluas yang menggunakan kesemua deria adalah benda yang paling penting dalam menjana minda yang kreatif. Idea asas mengenai kreativiti adalah tentang membuat perhubungan idea-idea. Ilmu adalah bahan mentah yang digunakan untuk membuat perhubungan antara idea.
Seterusnya, berfikir mampu mengaktifkan minda untuk membuat perhubungan supaya terbitnya penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang ada.
Di samping itu, langkah pengeraman atau incubation juga. Dalam keadaan minda yang telah bekerja keras, tiada penyelesaian yang mendatang, idea tidak mampu keluar, dan proses pemikiran tidak produktif, pengeraman adalah langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Antara langkah pengeraman termasuklah berhenti untuk seketika, berehat atau melakukan benda lain, dan biarkan minda bawah sedar untuk mengambil alih.
KISAH BENAR DI SEBALIK
Akhir sekali adalah perkembangan. Perkembangan adalah tindakan kepada idea untuk menjadikan idea tersebut berguna, berfungsi, tidak mustahil, dan menguntungkan. Semua orang mempunyai idea, tapi hanya inovator yang mengembangkan idea.
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Setelah selesai sahaja sesi kuliah, kami bermain permainan yang melibatkan penyampaian maklumat kepada individu yang tertentu yang mempunyai pelbagai kriteria.
Si bisu mendapatkan maklumat daripada pengajar |
Si bisu cuba menerangkan perkataan tanpa mengeluarkan suara supaya si pekak dapat menyampaikan perkataan tersebut kepada si buta |
Si buta menerima arahan daripada si pekak untuk melukiskan apa yang dia dengar daripada si pekak |
Sekian.
No comments:
Post a Comment