Pada hari ini, saya dan rakan sekelas perlu menghadiri sebuah forum online, yang diadakan di e-learning iaitu laman web untuk pelajar UTM. Perbincangan yang diadakan adalah merangkumi cara-cara ataupun langkah-langkah yang pragmatik untuk mengatasi masalah tidak mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
Pada pendapat saya, dalam dunia yang penuh dengan persaingan ini, para majikan akan memberi peluang terlebih dahulu kepada pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Seiring dengan itu, kemahiran insaniah ataupun soft skills juga amat penting dalam menjamin masa depan seseorang untuk memperoleh pekerjaan. Kemahiran ini merangkumi kelompok personaliti, cara bersosial, komunikasi, bahasa, tabiat peribadi, kemahiran interpersonal, bagaimana kita menguruskan orang lain, faktor kepimpinan dan faktor lain-lain yang mencirikan hubungan dengan orang-orang lain. Terdapat banyak lagi faktor penting yang membantu kita untuk mendapatkan pekerjaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment