Thursday, 3 March 2016

3/3/2013 PERSEPSI & LOGIK

Assalamualaikum.


Berdasarkan apa yang saya pelajari pada hari ini, terdapat 2 peringkat pemikiran, iaitu persepsi dan diikuti dengan logik.



Apakah maksud PERSEPSI?

Persepsi adalah:
  • cara-cara kita berfikir atau memahami mengenai seseorang / sesuatu benda 
  • kebolehan untuk memahami / mengesan sesuatu benda dengan mudah 
  • cara-cara kita mengesan / memahami sesuatu benda menggunakan salah satu daripada deria kita 
  • hasil daripada penglihatan & pemerhatian (umum - semua deria digunakan seperti mata dan telinga) 
  • sejenis kepercayaan / pendapat, biasanya dipegang oleh orang ramai dan berdasarkan kepada bagaimana benda-benda tersebut kelihatan
  • kebolehan untuk melihat, mendengar / menyedari sesuatu melalui deria-deria
Persepsi boleh diibaratkan seperti rajah tersebut kerana setiap orang tidak melihat sesuatu benda atau perkara tersebut sama seperti yang kita nampak (1. imej perempuan tua 2. imej perempuan muda yang memakai topi)










Ciri-ciri utama persepsi:
  • berubah-ubah
  • bersifat peribadi
  • secara berterusan
  • bersifat memilih
Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi:
  • perbezaan
  • latar belakang
  • penilaian diri
  • susunan objek
  • motivasi

Apakah maksud LOGIK pula?

Logik adalah beerti masuk akal.


Kaedah-kaedah dalam logik:

Induktif (daripada maklumat beberapa individu membentuk maklumat umum)

Eg:
Ros adalah bekas pelajar Kelas Memandu Berjaya dan mempunyai lesen kereta
Fana adalah bekas pelajar Kelas Memandu Berjaya dan mempunyai lesen kereta
Umai bekas pelajar Kelas Memandu Berjaya dan mempunyai lesen kereta

>>Semua bekas pelajar Kelas Memandu Berjaya mempunyai lesen kereta

Deduktif (daripada maklumat umum membentuk maklumat individu)

Semua haiwan darat bernafas melalui rongga hidung

>> Kambing adalah haiwan darat dan bernafas melalui rongga hidung
>> Lembu adalah haiwan darat dan bernafas melalui rongga hidung
>> Monyet adalah haiwan darat dan bernafas melalui rongga hidung 
Sekian.








No comments:

Post a Comment