Thursday, 25 February 2016

25/2/2016 FALSAFAH PEMIKIRAN

Assalamualaikum.

Topik yang dibincangkan pada hari ini adalah mengenai "falsafah pemikiran".


Apakah itu falsafah pemikiran?


Sebelum mendalami makna falsafah pemikiran, kita hendaklah memahami istilah falsafah terlebih dahulu.

berasal daripada perkataan Greek


Falsafah bermaksud pendirian, pegangan, konsep, prinsip dan pemikiran.

Dalam bahasa Inggeris pula, falsafah bermaksud "philosophy"


Oleh itu, falsafah beerti untuk memahami tentang bagaimana dan kenapa manusia membuat perkara-perkara tertentu dan bagaimana untuk hidup dengan baik. Dalam erti kata lain, falsafah adalah untuk mengetahui makna kehidupan. Sebagai contoh, falsafah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang meletakkan hukum Allah sebagai dasar kepada sains dan teknologi. Maka UTM berusaha secara menyeluruh dan bersepadu mengembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai mengikut kehendak-Nya. Falsafah UTM juga dapat dilihat daripada logo UTM.



Seterusnya, pemikiran pula adalah proses bagi minda, intelek, sebab-sebab dan kebijaksanaan. Selain itu, pemikiran juga adalah kepercayaan terhadap sesuatu ataupun mempunyai pendapat mahupun idea. Maksud lain bagi pemikiran pula adalah seperti menggunakan akal untuk merancang sesuatu, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Pemikiran juga boleh dianggap mempunyai kesedaran minda sehingga tahap yang mencapai sesuatu sebab, mengingat pengalaman serta membuat keputusan yang rasional.



Kenapa kita berfikir?



Bagaimana manusia berfungsi ?

Sekian untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment