Thursday, 10 March 2016

10/3/2016 – KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)


Assalamualaikum.

Apa yang saya peroleh pada hari ini adalah tentang kemahiran berfikir. Setiap manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah serta mencari sebab yang munasabah bagi sesuatu perkara yang terjadi. Namun, bagaimana setiap manusia berfikir adalah bergantung pada individu tersebut.



Kemahiran juga merangkumi pemikiran kritis dan kreatif, "celik" informasi dan media, tanggungjawab sosial, kerjasama, pembelajaran kendiri serta akauntabiliti (tanggungjawab) dan penyesuaian.

Pemikiran yang menjanjikan masa depan yang lebih baik termasuklah minda berdisiplin, minda bersintesis, minda mencipta, minda menghormati dan minda beretika.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah transformasi sesebuah maklumat dan idea. Perkara ini berlaku apabila seseorang pelajar menggabungkan fakta dan idea dan sintesis, mebuat kenyataan yang meluas daripada kes-kes tertentu, menerangkan, membuat hipotesis atau berakhir dengan kesimpulan tertentu/ penterjemahan. Manipulasi bagi maklumat dan idea melalui proses-proses ini membenarkan pelajar untuk menyelesaikan masalah , menerima kefahaman dan menemui makna yang baru.

Sebenarnya, ilmu yang kita peroleh secara eksplisit (yang jelas) hanya merangkumi 5% daripada keseluruhan yang terdiri daripada ilmu pengetahuan, data / informasi, dokumen, catatan dan fail-fail. Selebihnya, ilmu yang kita peroleh adalah secara tersirat iaitu melalui pengalaman, pemikiran, kecekapan, komitmen dan perbuatan. Perkara ini ada dijelaskan dalam metafora "iceberg".

Pensyarah kami turut mengadakan aktiviti membina arca mengikut tema masing-masing serta mempersembahkan arca tersebut di hadapan kelas untuk memberi penjelasan mengenai arca yang telah dibuat. Aktiviti ini adalah salah satu contoh aktiviti yang melibatkan KBAT.
Proses membuat arca
Arca yang menunjukkan identiti seorang wanita biasa
Ini adalah arca yang disediakan oleh kumpulan kami yang bertemakan ke"melayuan".
Kumpulan ini pula membuat arca bunga Lily. Mereka juga menerangkan bagaimana kehidupan bunga tersebut di kawasan yang busuk tetapi masih boleh kelihatan cantik pada mata semua orang dan hal ini juga patut dijadikan teladan dalam kehidupan kita seharian.


Terima kasih Dr. kerana sudi mengajar kami
Sekian.



No comments:

Post a Comment