Assalamualaikum.
Hari ini saya belajar cara-cara untuk berfikiran kritis. Walaupun topik ini kedengaran seperti agak rumit, tetapi topik ini hampir sama dengan topik minggu lepas iaitu KBAT.
Untuk berjaya dalam kehidupan, kita hendaklah menempuhi setiap halangan yang berduri. Tiada kejayaan yang diperoleh tanpa usaha.
Pemikiran kritis adalah proses untuk mendedahkan dan memeriksa tanggapan kita. Pemikiran kritis juga adalah seni menganalisa & menilai pemikiran dengan sesebuah pandangan untuk meningkatkan lagi pemikiran.
Antara proses untuk menjadi seorang pemikir kritis:
Conceptualize (membentuk konsep/idea bagi sesuatu) >> Apply (menggunakan) >> Analyse (menganalisis) >> Synthesis (mensintesis) >> Evaluate (menilai) >> Answer/Conclusion (Jawapan/Kesimpulan)
Sumber maklumat pula dapat dicari melalui pemerhatian, pengalaman, refleksi, kebersebaban dan komunikasi.
Antara nilai intelek yang umum pula termasuklah adil, meluas, jelas, tepat, jitu, konsisten, berkaitan, mempunyai bukti, bersebab dan mendalam.
Pemikiran kritis ada dua peringkat iaitu peringkat rendah dan peringkat tinggi. Peringkat rendah merangkumi perbandingan/pembezaan, mengkategorikan, urutan dan menjelaskan sebab manakala peringkat tinggi pula meliputi hipotesis, andaian bagi kajian, kesimpulan, mengesahkan informasi, generalisasi dan mencari sebab.
Antara ciri pemikir kritis adalah beretika, konsisten, tidak berat sebelah, proaktif, objektif, pragmatik dan analitikal.
Pemikiran kritis adalah suatu proses kitaran bagi kemahiran berbahasa, faham konsep, analisa informasi, soal dan hujah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment