Pada minggu ini, saya belajar tentang "argumentation" yang bermaksud penghujahan atau perdebatan.
Penghujahan adalah penting dalam komunikasi samaada dari segi lisan mahupun bertulis.
Penghujahan juga terlibat secara tidak langsung apabila seseorang itu bertanya atau menyoal mengenai sesuatu perkara. Jika kita bersetuju dengan soalan tersebut, maka kita perlu memberi hujah yang menyokong pendapat kita. Jika kita tidak bersetuju, maka kita juga hendaklah memberikan hujah yang sepatutnya.
Terdapat banyak pendapat mengenai penghujahan.
"Argumentation comes into play When you and Those with whom you are communicating become interested in justifying the claim."
(Malcolm, 1992)
Hujah adalah seperti menggunakan bahasa, sistematik, mudah ditafsirkan dan difahami, untuk mengelakkan satu lagi soalan atau jawapan yang lain.
Hujah juga merupakan suatu kumpulan kenyataan yang mesti disahkan.
"Argumentation as the advancing, supporting, criticizing and modifying of claims."
(Richard & Malcolm, 1992)
"Argumentation is a form of thinking that uses a specific statement to support other statement (conclusion)."
(Chaffe, 1990)
Sebagai contoh kepada kenyataan yang diberikan oleh Chaffe,
1. Kenyataan yang tertentu (spesifik) >> Saya suka awak.
2. Kenyataan lain (yang menyokong) >> Saya rindu awak, saya perlukan awak.Selain itu, hujah yang diberikan juga hendaklah disertakan dengan bukti yang kukuh dan bukannya sekadar tuntutan sahaja. Jika difikirkan secara logik, tiada sesiapa akan percaya terhadap hujah tanpa bukti yang kukuh kerana hal ini boleh dianggap sebuah penipuan semata-mata. Hal ini juga dinyatakan oleh Salmon (1995) ;
"A set of sentences consisting of an assertion claim to be supported and the verbal evidence for that assertion."Hujah juga merupakan satu dakwaan bahawa sesuatu itu adalah berikutan daripada sesuatu yang lain.
Hujah juga melibatkan proses menubuhkan sebuah tuntutan dan kemudian membuktikan hujah tersebut dengan menggunakan pemikiran logik seperti penyelidikan.
Pada kesimpulannya, penghujahan adalah penting dalam sesebuah komunikasi yang mesti disokong dengan kenyataan lain serta bukti yang kukuh.
Sampai setakat ini sahaja daripada saya.
No comments:
Post a Comment