Tuesday, 24 May 2016

24/5/2016 - PERMAINAN KREATIVITI

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari terakhir kelas pemikiran kritis dan kreatif, dan hanya permainan kreativiti yang diadakan.

Permainan yang pertama merupakan "air chair". Permainan ini dijalankan oleh kumpulan kami. Setiap ahli kelas dibahagikan keada beberapa kumpulan dan masing-masing mempunyai seorang ketua. Peranan ketua adalah untuk memberi arahan kepada setiap ahli mereka supaya permainan menjadi lebih teratur.
Setiap kumpulan diberi masa beberapa minit untuk berbincang. Selepas itu, hanya ketua yang dibenarkan untuk mengeluarkan suara.






Penilaian adalah berdasarkan kestabilan dan rupa bentuk.

Seterusnya, kelas disambung dengan aktiviti yang disediakan oleh kumpulan yang seterusnya iaitu "Life Hack". Kumpulan ini menyediakan beberapa barang terpakai serta barang terbuang, dan setiap pemain hendaklah membentuk sebarang peralatan yang boleh digunakan semula.




















Setiap kumpulan dikehendaki untuk menerangkan objek yang mereka hasilkan serta fungsi objek tersebut.
Life Hack #1 Botol >> pemegang telefon, kotak tisu >> pemegang kunci
Life Hack #2 Kotak, bekas makanan, kertas >> tempat alat tulis dan  bingkai gambar
Life Hack #3 Kotak >> tempat alat mekap
Life Hack #4 Bekas minuman, kertas >> tabung duit (duit syiling dan kertas boleh diasingkan)
Life Hack #5 Kotak highlight >> pemegang telefon
Life Hack #6 Kertas, bekas makanan terpakai >> kotak serbaguna
Dengan berakhirnya acara ini, maka berakhirlah sudah kelas pemikiran kreatif dan kritis. Banyak ilmu yang saya peroleh melalui kelas pemikiran kritis dan kreatif oleh Dr. Nasir bin Masroom. Kelas ini banyak membantu saya untuk berfikir dengan lebih bijak dan matang serta cara-cara untuk mengaplikasikan idea ke dalam dunia realiti. Bukan setakat itu sahaja, subjek ini juga dapat membantu saya untuk masa depan yang lebih baik.



Terima kasih Dr., kerana sudi mengajar kami. Kami sayang Dr.
Sekian.

Tuesday, 17 May 2016

17/5/2016 - TEKNIK KREATIF BAGI INDIVIDU

Assalamualaikum.

Hari ini saya belajar tentang individu yang kreatif dan teknik kreatif bagi individu.

Siapakah individu yang kreatif?
Individu yang kreatif termasuklah:

1. pengembara

2. pelukis / seniman - orang yang cinta akan seni
- menukarkan imaginasi kepada realiti

3. hakim - orang yang menilai kebenaran disebalik kejahatan
- mempunyai kriteria yang tersendiri untuk menghakimi
- praktikal & sesuai

4. pahlawan - orang yang berani untuk berubah, gigih, bermatlamat, dan berminda "menang"
- berani untuk memberikan sebarang idea
- suka cabaran

Semua orang adalah kreatif dan mempunyai kebolehan kreatif yang tersendiri, tetapi kreatif akan aktif apabila seseorang itu dirangsang dan berlatih secara berterusan.

Seterusnya, teknik kreatif bagi individu termasuklah:

#1 Senarai sifat-sifat
  • fizikal - warna, kelajuaan, berat, saiz, bentuk, dlll...
  • sosial - tanggungjawab, sifat kepimpinan, komunikasi, dlll...
  • psikologi - persepsi, motivasi, gaya, simbol, dlll...
  • kos - murah lawan mahal

Senaraikan ciri-ciri / kualiti masalah, kemudian, cari sebarang ciri-ciri yang boleh diubah, diperbaikkan dan dipertingkatkan, sebagai contoh, Nokia 3310 adalah berat dan besar, bagaimana untuk mengurangkan saiz dan berat, apakah bahan yang boleh digunakan?




#2 Tarikh luput
  • gunakan jangka masa sebagai kebimbangan yang utama
  • tekanan, kadangkalamemberi / memaksa kita untuk menghasilkan idea yang kreatif
#3 Matahari
  • matahari adalah simbol kekuasaan - teknik ini sesuai untuk memperbaik kualiti produk (pemasaran)
  • sebagai contoh, bagaimana untuk meningkatkan jualan nasi lemak?
  1. senaraikan semua elemen nasi lemak seperti nasi, sambal, timun batang, perhiasan, dan kertas pembungkusan
  2. pilih sebarang elemen untuk memperbaik
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................



Setelah selesai sesi kuliah, kami bermain permainan kertas yang dijadikan tali ( tanpa memutuskan antara dua sambungan yang menjadikan bulatan besar) serta Photo Hunt.











Sekian.

Tuesday, 10 May 2016

10/5/2016 - 'Nobel Prize' atau Hadiah Nobel

Assalamualaikum.

Pada hari ini, saya mempelajari tentang Hadiah Nobel. Sebelum itu, kita hendaklah mengenali siapakah lelaki disebalik penganugerahan ini dan apakah motif beliau. Alfred Bernhard Nobel (21 Oktober 1833 - 10 Disember 1896) adalah merupakan seorang ahli kimia Swedish, jurutera, inovator dan pengilang persenjataan.
Alfred Nobel
Alfred Nobel adalah tokoh yang memperkenalkan penganugerahan ini yang dikenali sebagai Hadiah Nobel ataupun Nobel Prize dalam bidang fizik, kimia, keamanan, medik, ekonomi dan kesusasteraan.
 Beliau merupakan seorang yang sangat kaya. Pada tahun 1888, saudaranya Ludvig telah meninggal dunia dan sidang akhbar Perancis tersilap menerbitkan berita tentang kematian tersebut kepada berita kematian Alfred itu sendiri. Dalam berita tersebut terdapat beberapa perkataan yang mengutuk beliau. Beliau kecewa dan bimbang dengan bagaimana beliau akan dikenang. Pada 27 November 1895, Nobel telah meninggalkan wasiat terakhirnya kepada pembentukan Hadiah Nobel.

Beginilah sejarah penciptaan Hadiah Nobel.
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Seterusnya, kelas disambung dengan aktiviti membina arca yang paling tinggi dan kukuh, serta menamakan arca tersebut dan memberi deskripsi kepada arca tersebut.






Sekian.